Tuesday, 28 October 2014

i-Think


i-Think: 8 bentuk peta pemikiran


iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk  kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

Sila klik untuk besarkan gambar di bawah ..







1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


Resepi Jeruk mangga


Resepi Jeruk Mangga Asamboi Menjadi Fenomena


Fenomena terbaru di Malaysia. Adakah ini bermakna makanan ini bukan lagi hanya untuk ibu-ibu mengandung yang mengidam Jeruk Mangga? Saya tengok bertalu-talu kisah jeruk mangga ini muncul di timeline Facebook dan juga Instagram. Kat Twitter pun ada gak muncul kadangkala. Ramai juga yang sedang mencari dan mencuba resepi jeruk mangga ni.

Saya sebenarnya pun suka makan jeruk. Sesekali, saya dan isteri akan pergi dapatkan jeruk kat kedai Jeruk Madu Pak Ali. Hmm .. al fatihah buat Pak Ali. Tak boleh makan selalu jeruk ni, sebab dia berasid, tak elok untuk kesihatan perut. Kalau makan sekadar nak hilang gian dan mengidam, ok la kot. Alah .. la ni bukan kira dah ngidam ke tak .... semua pakat bantai makan .. benda sedap ... hoho siapa yang tidak suka, lelaki pompuan sama je .. 

Resepi nak buat jeruk mangga ni tak susah pun. Cuma yang mungkin nak jadi masalah ialah bekalan Mangga tu, atau juga dikenali sebagai Mempelam, atau juga disebut sebagai buah Pauh. Ada yang membezakan setiap jenis dan nama ni .. tapi bagi saya ... semuanya sama je ketika ia masih muda, rasanya tetap masam, walaupun ada jenis yang ada rasa kelat sedikit.

Resepi Jeruk Mangga Asamboi Menjadi Fenomena


Bila bekalan Mangga atau buah Pauh ni susah nak dapat, maka akan hadirlah mereka yang bijak ambil peluang untuk pasarkan produk ini. Untuk mereka yang benar-benar nak merasa, nak makan, yang dok mengidam jeruk Mangga, pasti cara paling mudah nak dapat ialah dengan membelinya dari mereka yang menjual.

Ok.

Katakan anda tidak ada masalah dari segi bekalan buah Mangga atau Mempelam atau Pauh ini; bolehlah cuba untuk buat sendiri. Kata orang, buat sendiri jeruk ini lebih puas hati, boleh adjust untuk kena dengan citarasa sendiri.

Resepi Jeruk Mangga asam boi

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!

cara-cara

Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.

Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk. 
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.



U are my star


Seorang IBu

Modul 1 TMK